sekarang berada di rumah di kuantan.
since wednesday.
balik lepas shopping dengan bakal adik ipar.
bajet terlebih rm150.
habis rm350 semuanya.
tidak!
since tuesday gigi aku sakit.
tapi tak teruk.
bila dah ada kat rumah semakin menjadi-jadi saketnya.
pegi dental semalam.
dentist tu suh matikan akar gigi.
tu lah cara nak selamat kan gigi tu.
if tak kena cabut and pakai gigi palsu.
owh tidak lah kan.
apa kes nak pakai gigi palsu.
muda lagi kot.
hahaha.
klinik tu mintak rm600 untuk matikan akar gigi tu.
tahun lepas aku pernah g dental lain.
kat situ dia mintak 450 kalau tak silap.
so, umi suh pergi dental yang hari tu.
tu pun kalau harga dia tak naik.huhu.
umi nak sponsor.
dia kesian tengok aku kot.
malam-malam tak tidur.
duk menangis tahan saket.
makan painkiller pun takhilang jugak.
memang seksa gile duuhh.
aku rela saket hati putus cinta dari sakit gigi.
patutnya nak pergi dental today.
but bangun pagi-pagi tadi gusi & pipi aku dah bengkak.
for surelah dentist takkan buat harini.
so nak tunggu surut dulu.
petang tadi umi & abah pergi temerloh.
tadi callumi nak tanya da sampai belum.
then umi tanya gigi saket lagi tak.
aku cakap dah tak sakit cuma bengkak.
so umi cakap, isnin ni pergi dental lah.
buat terus.
nanti sakit lagi.
memang dah lma aku sakit gigi ni.
tapi tak berani weh.
matikan akar ni,
dentist akan cabut gigi aku
then cuci gusi tu dulu
sebab dh kena infection.
then pasang balik gigi aku.
perghh..
seram duuhh bunyi nye.
takot giler.
anyhow,
doakan aku ye.
semoga semua berjalan lancar.
nampaknya aku cuti lagi lah this week.
hihi.
Saturday, December 26, 2009
Tuesday, December 22, 2009
tomorow's plan.
bangun.
mandi.
pakai baju.
tunggu bus.
tunggu ktm.
tunggu lrt.
sampai pekeliling.
tunggu alia.
pergi times.
window shopping.
makan-makan. nak makan besar esok.xkire.
balik kolej.
khamis balik kuantan.
Monday, December 21, 2009
almost 2weeks kita macam ni.
sebolehnya aku cuba tahan dari kacau hidup dia.
agak tegar jugak lah aku bila tak msg or call dia 3hari.
tapi masa tu aku dengan family aku.
jadi aku takrasa sangat.
bila rasa nak call dia aku cepat2 g tgk spongebob.
takpun aahhh real monster(kartun kat nick tiap2 hari pkul 1030mlm).
tapi bila aku dah balik ukm.
aku takdapat tahan dah.
aku sunyi kat sini.
biasanya dia lah yang teman aku.
dah dekat dua bulan jugak lah tak jumpa.
ye.aku mengaku aku rendu dia.
aku takkan bagitaw kat dia aku rendu.
nanti aku lagi merimaskan dia.
aku taknak tambah serabut dia.
apa yang aku paham sekarang.
he need time to be alone.
tadi dapat skype dengan dia kejap.
dia nampak lain.
nampak sedih.
nampak penat.
nampak uhappy.
aku sedih tengok dia macam tu.
dia taksenyum pon sepanjang kitaorang skype tadi.
hati gf mana tak sedih wei.
last2 dia tertidur je.
aku tak marah pun.
aku paham.
dulu.
dia akan gelak kalo aku buat lawak bodoh aku.
huhuhu...
nak lagi sepasang crocs boleh tak.
sebab aku pnye malindi leopard sudah pudar warna nya.
best pakai crocs.
gila selesa.
kalau nak pergi window shopping memang elok sangatlah pakai.
kaki tak melecet.
kaki tak lenguh.
hari tu pergi uptown kat taman bolton.
ingat nak beli yang imitate pnye je.
sebab tengah kering.
tapi.....
crocs imitate memang tak best!
langsung tidak okey!
bila aku sentuh je, ya rabbi.
keras gila dowh.
kematu kaki kalau pakai.
harga lak tu rm65.
ko gila apa.
baik beli origanal punye.
berbaloi sikit.
aku amek ni kat sini .
camne nak bezakan origanal crocs and copy crocs
1: Physical look (Finishing)
Perhatikan betul-betul finishing. Fizikal look mungkin sama tapi finishing yang membezakan original dan imitate. Imitate punya finishing teruk amat (sesetengah model mcm olivia dia nampak mcm kemek).
2: Logo button Crocs
Logo button Crocs contohnya pada model Offroad seharusnya bersinar cantik. Bukannya pudar.
3: Tulisan tapak
Original tulisan seharusnya: boulder,colarado (koma)
Imitate: boulder.colarado (titik)
(note: bukan semua imitate macam ni, ada juga sama tulisan macam original)
Original: www.crocs.com
Imitate: www.orocs.com
(note: bukan semua imitate macam ni, ada juga sama tulisan macam original)
4: Kelembutan (softness)
Lembut original lain, material crocsslite. Kalau copy, bukan pakai crocsslite, dia most probably getah biasa or plastik. Nak tahu beza crosslite, kena la beli satu original. Siapa biasa pakai, dia tahula beza material ni.
5: Terapung bila letak atas air.
Letak crocs dalam air, tengok dia tenggelam ke terapung. Kalau tenggelam, sah imitate. Material crosslite takkan tenggelam dalam air.
6: Byk model pelik-pelik
Bukan senang nak dapat model original. Model baru hampir mustahil. Kalau adapun itu kena berebut dengan buyer besar-besar dari banyak negara. Sebab tu saya tak heran kalau blog lain jual model pelik2, sebab saya tahu itu copy.
Perlu diingat, kalaulah senang nak dapatkan model original, apa gunanya butik Crocs ni ada kat Malaysia. Lebih baik dia tak payah buat butik, bayar sewa rental mahal-mahal. Lebih baik jual dekat pasar je.
Kalau dah ramai buat masuk Crocs ni,lepas tu jual murah, apa gunanya butik Crocs ni ada kat Malaysia. Crocs original bukan mudah nak dapat.
7: Plastik Crocs
Skrg ni copy crocs pun siap datang dengan plastik dia. So, kalau dia claim ada plastik tu bukan jaminan dia original.
Okla...7 point je setakat ni, kalau larat saya sambung balik. Tp perlu ingat,..point2 ni bergabung satu sama lain. Maknanya, kalau tak cukup semua point utk crocs tu, dia tk boleh dianggap original.
By the way, cara terbaik still dgn memakai Cros original dan anda tahu beza diajadi, aku harap pasni takde orang yang akan tertipu lagi.
Sunday, December 20, 2009
hari ini ada kelas pukul 2.
tapi tidak akan menghadirkan diri.
akan ke kajang sebentar.
mahu beli tuala.
tuala tertinggal.
mood still sedih.
saat ini.
kala ini.
ketika ini.
waktu ini.
jam ini.
aku ingin pulang.
pulang ke pangkuan keluarga aku.
aku rindu rumah.
aku rindu abah.
aku rindu umi.
aku rindu angah.
aku rindu baby.
disini tempat asing bagi aku.
aku takde sape-sape kat sini.
aku sunyi.
aku perlukan keluarga aku.
aku tak suka tempat ni.
aku terperangkap.
bilik ni macam penjara.
setiap saat aku lalui sungguh menyiksakan.
tapi.
apa daya ku.
aku harus selesaikan sat sem ni.
mampukah aku.
dengan beban yang macam ni.
aku sangka aku kuat.
aku sangka aku mampu.
aku sangka tangisku takkan gugur.
semua silap.
aku tak mampu.
aku tak kuat.
tangisku gugur jua.
maafkan aku perasaan.
maafkan aku jiwa.
maafkan aku...
aku ingin pulang.....

